SALES & OPEN 4 ORDER

Wednesday, 19 May 2010

FA-BEAR

Happy Family...
Salam pagi khamis ...Tukar topik FA semula yer..Dulu semalam try practis apa yang di pelajari dengan En Zahir..(Bear).Buat bear ni menggunakan berus 'Deerfoot' Disebabkan jun x de berus 'Deerfoot' size 3/8(kecil), terpaksalah dak jun 'Godangkan' bear yang di lukis nya sbb nk matchkan berus deerfoot yang sedia ada- size 1/2 tu.
Alhamdulillah..Sukanyer tengok bila dah siap..Boleh jugak jun buat sorang2 tanpa pengawasan SIFU..Walau x sehebat SIFU..Tapi ok lah kan...Yang penting kita dah mencuba.Heeee...
Paling suka tengok Baby bear yg terlentok jer kat maknya tu. Alahai manjanya...CUTE dan COMEL ler..
Lepas ni lebih banyk lah bear tu 'beranak pinak' kat umah jun iyer..Pail dan watering can dah menunggu kat umah tu.
Okaylah jom kita layan dulu..ZASS!!

Psssttt..Ni nama nya family rockers..semuanya jun sarungkan jeans.hehehe.. 'WAAAA CAYA SAMA LU BEAR'-PEACE.




Tuesday, 18 May 2010

SELINGAN- BIRTHDAY FARIS 4 years


Salam semua..Hari ni Off topik dari FA sekejab...SEKEJAB jer tau..lepas ni SURE masuk balik topik FA...Tokleh lelama nanti WINDU.

Nak nyanyi jugak untuk anak bujang jun sowang ni..
"Allah selamatkan kamu...
Allah selamat kan kamu..
Allah selamatkan anak bujang ku sorang
Allah selamatkan kamu"


Yey...... cepat bang...potong kek tu..kakak ngan adik tak sabar nak makan ni...
Semoga panjang umur , sihat serta dilimpahi rekzi yang berpanjangan..Moga menjadi anak yang Soleh di masa depan....INSYAALLAH...(buat ala kadar jer tuk dia 3 bradik)

coklat yg tertengek kat kek ni mcm coklat yg dak jun buat jer..
Wuit..birthday boy...Mana gigi hang arrr????. Tu dah terlebey makan coklat ler tu..

Monday, 17 May 2010

Make Over- Paker Paper Bag

Tak tau lah kenapa.Jun pantang tengok barang2 yang back ground kaler Hitam. lagi2 plain... smbil2 tgk berita kul 8 mlm ari tu, tangan ni dengan x sengajanya tercolet ler kat atas paper bag tu...Tukar jugak wajahnya...Saper ada beg mcm ni angkat tangan? Nak lukis jugak ker?

FA-Hydrengeas & Roses

Alhamdulillah...Tempahan dari orang yang sama. Setakat ni dah 10 tempahan yang di buat oleh K.Ifah. Masa kak Ifah datang ambil sinage dan pail yang siap tempoh hari , dia bawa material sendiri utk di FA kan lagi:- 2 tin biskut, botol kicap yg dah dibersihkan , 1 penutup aiskrim, 1frame yang lama nak di makoverkan...dan sekeping papan nak buat sinage bermotifkan gambar yang berkaitan utk kitchen nya.
Yang bestnya, kak ifah bagi jun kebebasan nak lukis gambar apa..
Heeee...apa lagi, kan jun baru belajar buat hhdrengeas... SO jun praktik kan ler di tin biskut seperti di bawah tu...Tapi kak Ifah pesan kalau roses, dia nak back ground pink kaler. Beres kak..Mmg kaler tu menjadi kesukaan Jun jugak.THANKS yer kak Ifah..sebab bagi kepercayaan tuk melakukan tugasan2 ini.(Cewah..Mcm student plak main tugasan2) heee.. setakat ni yang sempatjun siapkan. Botol kicap dan sinage kitchen tu dalam proses yer kak..Harap bersabar tau..
So..Layan jer lah apa yang sempat di siapkan..ZAS!!

Corak roses pada tin biskut ni menggunakan template yg di beri oleh En Zahir masa jumpa dia hari tu..Wokey jugak kan....
Ni lah Tin biskut jacob yang dah berubah wajah... Hydrengeas...

Penutup mangkuk Aiskrim yng asalnya kaler biru ..Pun dah tukar Wajah...

Frame ke ni? Entahlah..Tak tau nak kata apa sbnrnya benda ni. Tapi datang dengan plain kaler...lukis jer lah roses..

Sunday, 16 May 2010

FA-Hydrengeas

Salam Pagi Isnin kepada semua kawan2 di alam maya ini. Hari ni jun N3 FA HYDRENGEAS hasil yng dipelajari semasa berguru dengan En. Zahir tempoh hari..
Alang-alang dah pergi ambil 2 sessi sekali. 1st belajar buat BEAR, 2nd belajar buat yang ni lah..Heeee...Ksian cik Hubby kna tggu lama...Tgk dia mcm boring jer..Jun suruh ler dia masuk Office dia. Bukan jauh pun dr AMCORP tu..Habis class baru jun call cik hubby suh pick up.. Bersyukur sangat sbb di kurniakan suami yang memahami minat isteri dia ni .....
So.. Layan jer lah Iye...InsyaAllah next week cik hubby janji nak bawa jumpa aunty Nora pulak....



Thursday, 13 May 2010

FA-ROSES

Huarggggg....sebenarnya tangan dak jun ni dah berapa hari tak buat roses. Sibuk dengan lukisan2 yg lain tukan...
Ni pun dah tak tahan...Nak hilangkan gian tak tahan tu, lebih2han kaler buat FA LAUNDRY CORNER tu..capai je sebarang papan yg belum di gesso lagi. sajer2 ler conteng kat bucu belakang papan tu....Merajuk plak CIK ROSES kita ni bila tak di n3 kang...Iyolah CIK ROSES...ikutkan ajerlah kemahuan mu itu....Tak sempurna pun kita n3 jugak ler..LAYAN!!!!!

SOWIE lah yer..ni ROSES CONTENG-CONTENG namanya. Dah WINDU sesangat nak wat ROSES lagi..Bila agak nyer ek...

FA- LAUNDRY CORNER

Salam Semua...Pagi2 masuk jer opis terus On PC. Tak sabar nak wat N3 baru. Malam Tadi dak jun Tidur kul 1.30 pg.(Ambil kesempatan cik Hubby x balik..Tu yang terus melukis tu.Kan perjanjian telah di buat sebelum ni..Kalau cik hubby ada rumah maka terpaksalah melupakan kerja2 melukis ni kecuali hari mimggu) Huargh...mata ni masih lagi rasa ngantuk sampai sekarang. Nasib baik BIG BOS gi outstation. hehehehe. Malam tadi Berkobar-kobar nak habiskan FA LAUNDRY CORNER ni.Tp x varnis lagi.Tu yang tak kilat tu.
Hasil dari terjahan kat blog kengkawan, dan di ubah sikit-sikit maka inilah hasilnya...... apa-apa pun kita layan dulu yer...ZASS!!!

(YEEEHAAAAA bertambah lagi satu kepandaian melukis selain dari bunga..YES!!! Dak jun HAPPY SESANGAT-Tapi masih lagi salute kepada KAK IMA (PINKY ROSE)-Pencetus semangat tuh!

Wednesday, 12 May 2010

FA-Bear

Cewah..Jom Baca Sambil nyanyi lagu Dato' siti & Dato' Sm Salim ni yer

" Menjeling- menjeling ku bertentang
mata kita sama memandang
ku cuba- ku cuba nak bertanya
Siapa kah nama nya."


Salam pada teman2 bloger semua.. Seronoknya rasa hati dak jun ni. Semalam Cik Hubby Cuti Mengejut(Nak surprise le kononnya). Jun pun apa lagi tgok dia cuti, Pergi ler amik MC -(dasar malas nak g opis bila cik hubby ada kat umah)
Itu mmg tabiat dak jun dari dulu. Kalau cik Hubby cuti, dak jun seboleh2 nya nak amik cuti gak...Dapat berdua-duaan. Kan ke best-romantik gitu.(Tingat le zaman becinta dolu dolu) - Anak2? sekolah ler....

Ada jer programnya...Mcm biasa ler. "Yang..yang...ayang nk makan apa? ari ni semua kita belanje. Yang sebut aje".(ayat kena manis, nak pujuk ler tu- baik ada makna)." boleh bawak kita pegi berguru lagi tak? Dia jawab "Boleh Aje yang......YAHOOOO HORAYYY.....
NGENG NGONG...NGONG NGONG ler apa lagi. kotorang jadi ler mat rempit dan minah rempit...Pergi jumpa Cik Zahir....
Belajar lah lukis Bear plak yang sambil menjeling-jeling gitu.
Sebab tu suh nyanyi lagu awal2 kat atas tadi... SUKANYA.....Dak jun dah pandai buat bear plak.... JOM LAYAN. ZASS!!!


Tuesday, 11 May 2010

Koleksi Loceng & Mini Teko

Salam Semua... Hari ni dak jun cerita pasal FA. Bukan takde.. ada..Buat separuh jalan. Blum siap lagi...Tak mau ler tunjuk dulu.
So kita cerita pasal koleksi loceng kesayangan ni yer...
Loceng ni kumpul masa mula2 dulu bila terjebak dengan Hinglish deko ni..Minat sngat dengan rupabentuknya yg Comel2 belaka tu
Tapi tu ler tokleh letak tempat rendah, alamatnya anak2 akan buat main jual2 aiskrim le gamaknya...Saper nak jawab??Ermmm duduk lah kau cik loceng kat atas para tu. So layan jer lah ya.... Tak banyak pun..Seciput jer...Kawan2 lain lagi dah belambakkan...


Friday, 7 May 2010

FA-Tempahan dari Pn Zalifah

Alhamdulillah...Syukur kepada Allah kerna di beri kesempatan untuk menyiapkan order seterusnya dari customer.
Masih lagi Order dari Kak Ifah.. 4 item kesemuanya.1-Pail,2 sinage roses dan 1 cupkek with roses..Nanti boleh datangrumah jun ambil yer kak. @ nak suruh jun hantar pun boleh. Kak Ifah juga Orang Melaka...So senanglah nak ambil @ hantar brg yang dah siap ni...






MOTHERS DAY SPECIAL

Salam kepada teman2 blogger semua. Semalam Jun rasa terharu, gembira, sedih dan bermacam-macam rasa kat dalam diri ni. Macam nak mengalir air mata pun ada. Mana taknya. balik dari penat berkerja seharian semalam, waktu ambil anak dari umah mak, anak ku yg sulung yg berusia 6 tahun(FARAH)-

" Ibu2, kakak ada sesuatu untuk ibu tau. Kakak buat kat sekolah..Cikgu tanya kakak apa kakak nak bagi Ibu sempena hari ibu ni? (Dalm hati ni tertanya-tanya dia pahamker apa erti hari ibu tu) Kakak jawab kat cikgu , saya nak bagi ibu saya bunga sebab ibu saya suka lukis bunga dan hari2 lukis bunga kat rumah....'"
Alahai, comelnya jawapan anak ibu ni.."Mana ada nak Oii hari-hari lukis"....Rupanya memang betul. Siap lagi dia tunjukkan sekuntum bunga yang telah siap di buat dekat sekolah siang tadi bersama-sama sekeping kad ucapan ....
Siap peluk cium lagi sambil wish " HAPPY MOTHERS DAY IBU"
Ibu rasa terharu dan gembira sayang, walaupun tak sempurna mana bunganya tapi dia bersungguh -sungguh untuk menghasilkan sekuntum bunga dan sekeping kad sempena 'MOTHERS DAY SPECIAL'- Sayang sangat kat anak2 ibu ni.....Semoga membesar menjadi anak Soleha, Berguna dan SEMPURNA dari segala-gala sayang.....

Front page kad Ni Farah kata dia lukis muka ibu dia....siap ikat tocang 2

SEDEY dan TERHARU bila baca Isi nya..Walau simple tapi nice

Zoom skit tengok apa yang Farah Tulis


Ermm..Ni ler Tuan punya Kad dan Bunga tu...FaRAh iRDinA - Thanks kakak...

FA CLASS WITH EN ZAHIR IN MELAKA

Salam kepada kawan semua. Jun dapat call dari cik Zahir yang dia akan mengadakan Bengkel FA di mitc Melaka pada 15hb MEi 2010.
SO kepada sesiapa yang duduk di area Melaka dan yang seangkatan dengan nya boleh lah mendaftarkan diri anda. Jun hanya tolong mempromosikan nya sajer tanpa mendapat sebarang Royalti @ keuntungan( membantu untuk mendapat kan kuota yang cukup supaya kelas boleh diteruskan- sekurang-kurangnya kurang 12 org )
Yuran yang dikenakakan: RM 200 (Brg semua di sediakan)termasuk kaler dan berus- boleh di bawa pulang setelah habis belajar)
Boleh call jun (016-2629007) @ cik zahir sendiri(blh lihat di blog list jun) untuk membuat pendaftaran.
Sekarang ni dah ada 5 orang...

SESIAPA YANG BERMINAT SILA CEPAT YER. SEBAB TEMPAT TERHAD.
-TIMA KACIH-

Wednesday, 5 May 2010

FA-Sinage

Sinage yg Jun buat lebih hari tu dah Sold To Kak Nida( Mersing).
Thanks yer kak. Hari ni InsyaAllah jun pos akak punya sinage ni..Maaf lah lambat skit... Akk tak marah kan..(Cayang kak Nida. )
(Opss. Jun slalu terlupa..Sinage ni sebenarnya kat bwah perkataan Is... tu ada letak nama Nida & Faizal.Tpi jun dah terlupa nak snap yg dh siap ada nama tu.(patut nampak kosong sket kat bhg tu) heee.Sowieee kak Nida skali lagi)..

Ni mula x letak riben..

Haa.. Dah letak riben, nampak comel skit...(Tp kalau tuan dia rasa x comel.. blh cabut jer kak riben tu. lekat guna blue tag jer)

GA dari IRA- PINK VINTAGE

Salam Semua.. Ni ha nak jugak Joint GA yang Ira buat ni.
tapi ada syarat-syaratnya. So penuhilah dulu apa yang di suruh yer...

1. Perlu letak comment dlm Entry
- Siap Dah

2. Wajib jadi Follower
- Lama dah jadi follower tu

3. Perlu Buat 1 Entry pasal GA

a) Macammana dpt tau blog Pink Vintage
- Mula dulu sajer jenjalan tengok blog kenkawan. Dah Jumpa blog Ira
terus polo er..


b)Apa Pendapat anda tentang Blog Pink Vintage
- Syok.... Asal masuk blog ni jer mesti dapat cium bau wangi bunga ros
(ececeh ...tipu plak..Tipu sunat tak per. kan Ira kan. kan..kan..)


c) Kekerapan anda melawat blog ini
- Setiap kali buka blog sendirik setiap kali tu jugak lah buka blog
pink vintage ni.. Ni betul . lansung x tipu.


d)Andaikata anda menang, apa yg anda buat??
- Oh andaikata menang.. Alhamdulillah sesangat...Nak pekik kuat-kuat..
(aku menang..- kat dalam bilik air ler..Kat luar kang orang kata dak jun
sasau plak kang. heeee


4 Tarikh tutup 15 Mei 2010
Yahoo... masih sempat lagi tu..HOREY...


KAWAN2 YG LAIN APA LGI..JOM JOINT CEPAT. SEBELUM TERLAMBAT. HADIAH fa..MENARIK TUH..

Monday, 3 May 2010

TISU- FOR SALE

TISU FOR SALE
RM12.50 (1 Pkt)

Berminat nak beli,jangan segan-segan call/sms Jun (016-2629007)
-TISU STRAWBERRY-
-TISU PASU & TOPIARY

TISU- FOR SALE

DECOUPAGE TISU FOR SALE

RM12.50 (1 pkt)
-Gambar Pasu Bunga-


-Tisu Bunga Daisy-

-Tisu Lemon-

Sunday, 2 May 2010

ITEM FOR SALE

STOOL TOPIARY (RM 29 EACH)

STOOL RUMAH BURUNG (RM 29 EACH)
DECOUPAGE TISU- RM 12.50 (1 PKT)
- TISU BUNGA TULIP-

-TISU ROSES

FA-Sinage

FOR SALE
Belum d varnis, boleh request nak letak wording (alamat rumah, home is where the heart is.... and etc..)

Mood tengah rajin...Buat lah lebih satu. kalau ada yang berkenenan, jgn lah segan call/sms jun yer (016-2629007)
-SOLD to K.NIDA frm Mersing-

FA- PAIL

Order ke -2 dari tuan yang sama -Kak Ifah.
Kak Ifah dah berkenan dengan pail 'vintage garden' yg jun buat mula2 dulu tu. Tapi kali ni kak Ifah request nak buat bc ground kaler hijau kuning. Boleh jer kak... If cust bagi instruction, lagi senang nak buat. Kang buat ikut citarasa sendirik jer..(itu dah kira syok sendiri) heee.. So tak lari lah designyg mula2 dulu tu.. Tak caya? jom tengok..



FA-Sinage

Salam Kepada kawan2 semua. selamat hari pekerja kepada semua geng2 yang bekerja. Termasuklah Dak jun ni.. (Tapi yg x bestnya cuti tu jatuh hari sabtu) ish kalau ahad boleh di ganti pada hari Isnin- Dasar malas nak datang kerj alah tu. heheheh
Cuti ari tu sempat juga siapkan order yg datang dari KAK IFAH..(Ada 4 order. Nanti saya upload satu2 yer kak..
1. Kak Ifah request Sinage Roses berlatar belakangkan warna gelap. Ini lah hasil nya. Harap kak IFah suka yer...