Salam kepada teman2 blogger semua. Semalam Jun rasa terharu, gembira, sedih dan bermacam-macam rasa kat dalam diri ni. Macam nak mengalir air mata pun ada. Mana taknya. balik dari penat berkerja seharian semalam, waktu ambil anak dari umah mak, anak ku yg sulung yg berusia 6 tahun(FARAH)-
" Ibu2, kakak ada sesuatu untuk ibu tau. Kakak buat kat sekolah..Cikgu tanya kakak apa kakak nak bagi Ibu sempena hari ibu ni? (Dalm hati ni tertanya-tanya dia pahamker apa erti hari ibu tu) Kakak jawab kat cikgu , saya nak bagi ibu saya bunga sebab ibu saya suka lukis bunga dan hari2 lukis bunga kat rumah....'"
Alahai, comelnya jawapan anak ibu ni.."Mana ada nak Oii hari-hari lukis"....Rupanya memang betul. Siap lagi dia tunjukkan sekuntum bunga yang telah siap di buat dekat sekolah siang tadi bersama-sama sekeping kad ucapan ....
Siap peluk cium lagi sambil wish " HAPPY MOTHERS DAY IBU"
Ibu rasa terharu dan gembira sayang, walaupun tak sempurna mana bunganya tapi dia bersungguh -sungguh untuk menghasilkan sekuntum bunga dan sekeping kad sempena 'MOTHERS DAY SPECIAL'- Sayang sangat kat anak2 ibu ni.....Semoga membesar menjadi anak Soleha, Berguna dan SEMPURNA dari segala-gala sayang.....
Front page kad Ni Farah kata dia lukis muka ibu dia....siap ikat tocang 2
SEDEY dan TERHARU bila baca Isi nya..Walau simple tapi nice
Zoom skit tengok apa yang Farah Tulis
Ermm..Ni ler Tuan punya Kad dan Bunga tu...FaRAh iRDinA - Thanks kakak...
Friday, 7 May 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment