SALES & OPEN 4 ORDER

Tuesday, 7 September 2010

FA DAN DECAL- ALLAH & MUHD TEMPAHAN KAKCHIK ELLA

SEPASANG PIRING ALLAH MUHD TEMPAHAN DARI KAKCHIK ELLA
Last week berkesempatan jumpa kak chik kat 1 utama utk hantar brg2 yg dipesan oleh kak chik... Jumpa jugak dengan Aiman x kesah tu. heeee. Baik jer anak kak chik. sopan..suka tengok u all 2 beranak.
Macih kakchik kasi jun pinjam buku 'LAGENDA BUDAK SETAN ' lum habis baca lagi kak.. nanti dah Khatam jun pulang balik yer..

Meh kita tengok apa yang kak chik suruh jun buat


Decal kan piring dengan bunga summertime pink dan tulis Allah


Decal kan piring jugak dengan bunga yg sama dan tulis MUHD


Sepasang piring Allah & Muhd yang siap di decal kan... Dah Boleh gantung kat dinding yer kak Chik..

Semoga kak chik suka yer dengan piring yang udah siap ni. Selamat Hari Raya Kak Chik. Ermmm kalau turun Melaka nanti, singgah umah jun yer, Blh amik skali pasu yang kak chik suruh jun lukis tu.....

APA TU???

Salam Semua...Haaaaa smalam mmg teringin nak test sendiri. Bukan nya apa..Jun tak dpat nak bezakan mengandung atau tidak sbb Jun sendiri belum pernah rasa mual, pening apatah lagi muntah kalau mengandung... walaupun dan ada anak 3 .
So pergilah guardian kat area Melaka Raya tmpt jun kerja ni...

Dalam Hati tertanya-tanya kenapa ek dakjun belum cuti2 lagi. macam pelik lah pulak...



Kat rumah lepas berbuka puasa bru tringat nak buka kotak tu.. Haa ni lah isi yang ada daam kotak tersebut,
Test punya test punya test punya test...eh berapa banyak test da....

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"

"


"

"

"
Biar Betul..Mula2 mcm x berapa nak Jelas line nya..



Tengok lagi......




Tengok lagi ...



Confirm ada 2 line .Ini lerhasil nya..

Rupa2 nya Dak Jun sudah Mengandung....Syukur Alhamdulillah.. Memang pun berhajat nak tambah bilangan keluarga...
Sekarang dah ada 3, nak cukupkan 4 ler citenya..
Nak dengar apa kata mereka bila jun bgi tau.... Hah ni ler responnya



Ayah: Alhamdulillah......Dah rezki sayang..kita terimalah seadanya.....

Farah: Eeeee kakak suka lah bu...... kakak nak dapat adik lagi....kakak nak girl tau Ibu.......Nanti tak ler lasak mcm Faris tu....(Terbakar jer si Faris dengar dia ckap mcm tu)
Faris: Ibu... Aaaaaa...aaaaa..aabang (almaklumlah dia ni gagap sikit) aaaban...nak adik boy tau. Bo...bo...booooleh ma..maa..main main BEN10 ngn abaaaang . Hahahah
Farisah: Acaa x nak ......Aca x nak.....(siap nangis2 lagi)....Acah x nak baby....Nanti Acah nak TEK ibu mcm mana? (heee sian anak Ibu) Farisah ni masih lagi menyusu bandan sampai sekarang walaupun dah 3 tahun lbh... Macam x smpai hati nak behentikan penyusuannya...
Dia x tau nak luahkan.....Agaknya dalam hati dia mesti pikir cam ni Nanti acah nak manja2 macam ni tak boleh lagi...Nanti ibu x cayang aca lagi......Lar Nak nangis aku di buatnya......
Kawan- kawan semua...doakan Jun yer supaya jun terus sihat untuk membawa kandungan jun yang masih awal lagi ni( Ikut kiraan sendiri ler..)InsyaAllah....

TERIMA KAD RAYA

Alahmdulillah...terima kad raya ni dari teman2 blogger..Terima kasih kepada kakak2 ku semua kerana sudi bagi jun kad raya ni yer...Cantik2 semuanya.... Suka jun...Terima kasih daun keladi.Tahun depan bagi ler lagi ek....heeee

Kad raya ni dari kak Kelly-mrskellywalther6969


<

Kad Raya ni dr. Kak Chah- teratakputeri Qareshah


Kad Raya Dari Kak Azleen- AzleenenglishDeco


Kad Raya Dari Kak Azie- Qistinacottage


MACIH DAUN KELADI YER KAKAK 2 KU SEMUA...

Monday, 6 September 2010

FA- EGG HOUSE TEMPAHAN DARI ANGELI


Salam semua...Hari ni Selasa, esok Rabu, Lusa khamis....pastu Jumaat...Yeyyyyy dah Raya .....Syukur alhamdulillah....Smpai ke hari ni Jun masih belum lagi ponteng puasa...Yeeeehaaaaa. Puasa penuh dak jun tahun ni. Alamak adakah itu satu petanda bhwa aku sudah hamil ??????? Tguuuu nanti dak jun nak buat test sendiri sblm pi check dokter yer....
..........................

Berbalik pada tajuk diatas, kali ni sempat menyiapkan tempahan Angeli dari Labuan Sabah. Ingat dah taknak painting lagi. Tapi dah buat half way..Teruskan aje lah

Angeli minta jun FA kan rumah telur dan 2 bji Frying Pan yang serupa dengan jun punya Frying Pan sebelum ni( motif cup cake kat frying pan tu)


Ni Jun n3 rumah telurnya dulu yer..next jun n3 pasal frying pannya pulak... Jom kita cuci2 mata dulu Jom....

Dari depan..Angeli request yg simple2 sahaja..
Belah kanan

Belah Kiri

Hari ni Jun akan poskan rumah telur & Frying Pan nyer ke Labuan.. Mgkin sampai lepas raya lah nanti..Semoga slamat smpai ke rumah mak baru masing2 yer..TATA..

MORE ENAMEL TIN FOR SALE

MORE ENAMEL TIN FOR SALE.
BERMINAT, SILA KLIK
DI SINI








Jika berminat, sila call/sms jun(016-2629007) untuk sebarang pertanyaan. TQ

Sunday, 5 September 2010

FA PADA TEAPOT- KAK LONG

Salam dan selamat hari raya, Sebenarnya dah takmo buat da FA lagi ni ( Mood nak raya ler katakan) heheheh. Tapi bila kak long semalam balik dri KL untuk berbuka puasa bersama mak kt kg, siap bawak teapot yang cantik tu...aduh rasa x smpai hati plak...
So buat jugaklah untuk kak long...Free of charge lah yer kak.. Hadiah sempena hari raya..Heeeee . Harap2 ko suka yer kak...Jgn manyak komplen tau..(Sbb dia ni kaki komplen)Ferri deleverrri pakcikkk.. (mcm iklan ASTRO tu)



Adoi ai kenapa ko bawak 2 jer kak..bawak ler lebey skit. Boleh sedekah kat den 1 teapot tu

Tgk teapot tu ...suka sangat....geram3 . berkilat lagi


Pandangan dri atas
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Tinggal 3 hari saja lagi kita semua umat Islam akan merayakan Hari Raya AidilFitri kan...Kalau dulu masa zaman Kanak2 jun lah yang paling hepi bila mak belikan kasut, baju, dan perbagai kelengkapan nak raya. Lepas dpt kasut tu, setiap hari nak Menerai depan cermin kat rumah..Konon2 tu lah yg paling cantik dari orang lain punya. Wakakaka..
Hari ni pulak benda tu semua dah turun kat anak2..Dak Jun geleng kepala jer bila hari2 pulak si anak menerai kasut depan cermin sampai nak masuk tidur pun masih x nak bukak.... (nak marah pun tak jadi sbb tu ler perangai mak nya dolu-dolu...

.......................

Hari ni buka-buka jer blog dah ada pesanan dri kak Shiemanis suruh ambik kad Raya. Thanks kak shiemanis..
Jun tempek dah kat blog ju ni. cantik kad raya nyer....Jun pun nak ucapkan selamat hari raya pada akk sekeluarga yer....Salam Aidilfitri , Maaf ZAhir dan Batin pada semua juga..

Thursday, 2 September 2010

GAMBAR KENANGAN RAYA 2 TAHUN YG LALU

Salam...Hah ha hah.. n3 kali ni tak cerita pasal FA.. pg tadi saja dok tgk album lama- lama..Ni hah gambar Raya dua tahun yang lalu...
Mak Ai Dak Jun..semangat nye badan ko yer dak jun...
(pst..pst pst ..sblm owang lainkata, baik ngaku dulu. hik hik hik..)Tapi seKarang dak jun dah maintain...Tak caya? Meh meh jemput datang rumah raya nanti blh lah berdepan kan kawan2 . ha ha ha... SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA...MAAF ZAHIR DAN BATIN dri Jun Sekeluarga..

Tuesday, 31 August 2010

TERIMA AWARD DRI LYNN- ALL ABOUT US

Salam semua....Alhamdulillah...Jun dengan gembiranyan menerima Award dr Lyn pemilik blogg ALL ABOUT US.Thank you so much Lynn. Akk suka sangat. walaupun kita baru jer kenal, lynn dah pun bagi awarad yang cantik ni pada akk sebagai tanda persagabatan. Semoga hubungan di alam maya ini kekal sampai bila2 yer Lynn....InsyaAllah..Sayang kat Lynn...Thanks Again Lynn.

FA- BEAR SE FAMILY - TEMPAHAN AINA ( PURPLECRAZZ HOLIC


Salam kemerdekaan..Masih belum terlewat untuk jun menngucapkan selamat menyambut hari Merdeka yang ker 53....Aman sungguh duduk Negara Malaysia ni..Alhamdulillah...minta di jauhkan segala bencana yang melanda ... AMINN....
......................
Alhamdulillah...Hari Isnin hari tu jun smabung cuti, so sempatlah menyiapkan order dari Penggemar kaler Puprple sapa lagi kalau bukan Adik AINA kita...
Aina tempah 3 sinange yang nak lukiskan gambar bear seperti di bawah.... Yok Tengok YOk.....


Ni MUMMY bear-

Ni DADDY bear

Hah.. yang ni Aina suh buat 3 anak bear yang kesemuanya . Mcm anak Aina yang ada 3 orang lelaki tu.. Kan Aina Kan.... Heeee


Semoga slamat smpai ker tuannya yer. dan semoga aina berpuas hati.....Selamat berpuasa Aina..

Monday, 30 August 2010

FA- CUP CAKE ATAS PRING TEMPAHAN MARDIANA- T'GGANU


Salam di petang Isnin...Jun dah siap masak dah. Hari ni buat menu simple....Buat sambal goreng cili padi, goreng ayam dan msak kuah tumis air campur soo hoon untuk anak2. buat jugak sikit kueh onde2...aduh...rasa semacam jer bila citer pasal lauk pauk ni..sementara nak menuggu kan waktu berbuka puasa, jun buat lah n3 . nak share barang yan jun sempat fa kan mlm tadi sebelum buat pada cermin sakti dak jun tu...
.....................................
Ok.Tempahan kali ni dtangnya dari Mardiana,Kuala Terengganu.. Mardiana beli piring ni dari kedai online jun dan suruh FA kanterus motif cupcake. So ini lah hasilya...
Percaya tak? bila buat cust.punya, jun mesti buat jugak untuk sendiri punya....Lama2 penuh ler rumah dak jun ni...Huhuhuh...

2 pring yg siap di FA kan motif Cupcake
Letak atas meja pun ok gak..tak semestinya di gantung kan...kan...kan..
Seperti biasa, sebelum menunggu kan barangnya di pos, harus diposingkan terlebih dahulu kat dinding umah dak jun ni.....heheh

Semoga Mardiana berpuas hati dengan hasilnya ini...Kak jun buat pun berpandukan apa yang Mardiana MMS kan kepada akk gambrnya. So 100 % sama tu tidaklahyer...sebab hasil kerja pun masing2 kan...Kalau ada sesiapa yang berminat , blehlah membuat tempahan mcm ni jugak...Sila call/sms jun ( 016-2629007) untuk sebarang pertanyaan. TQ..Selamat berbuka puasa yer semua..
p/s: terpaksa mengedit n3 yang sebelumnya ini kerana ada orang yang cuba bertanya original @ tidak apa yang jun cuba lukiskan ini.....Dan sengaja Jun BOLD kan perkataan di atas supaya tidak ada lagi pertanyaan ori @ x ori sebb jun lukis berpandukan order yang di buat oleh cust mngikut cth gambar yang di MMS kan. Harap Maklum...
( sekadar memberi penjelasan agar tidak berlaku salah faham dan berlakunya buruk sngka...)

Sunday, 29 August 2010

MAKE OVER CERMIN LAMA....

Salam kepada semua.....Hari ni jun bersiaran dari rumah yer...Sajer smbung cuti 1 hri nak .Esok kan rakyat Malaysia menyambut hari merdeka..Ermmm ambik kesempatan ler..Lagipun rumah ni tak berkemas lagi. Raya dah semakin hampir. Risau pulak rasanya..Harap2 cuti ni dapatlah dak jun kemas apa yang patut, dapatlah ngempel2 lemari ker, lantai ker, apa-apa jer lah yang boleh di ngempel....Kalau dah habis ngempel, blh lah sambung lagi buat FA tuk customer lagi....
........................................
Ok...Mlm tadi sambil buat FA tuk customer, jun pun cuba curi masa skit tuk FA pada cermin lama jun ni. Terpikir nak FA kan...So ni ler hasilnya..Ingat nak gantung kat bilik air lah....berseri skit bilik air dak jun...heeeeee


Atau ingat nak letak kat ruang tamu jer...Cermin ni blh memberi pantulan semula agar rumah yang sempit mcm rumah dak jun ni nampak sdikit luas.....So bila dak jun gantung nanti, terpantul lah balik imej dinding yang di sebelahnya..Btul Tak?

(Dak jun..dak jun kalau umah dah sempit tu sempit ler jugak....lagi nak pantul2. heeeeee)



Saturday, 28 August 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KAK AYU- AYULITTLECOTTAGE

Salam kepada teman2 blogger semua.....tujuan n3 ini di buat kerana ingin mengucapkan salam takziah kepada Kak ayu- Ayu littlecottage di atas kehilangan kakak Miza yangtersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini...
Rasanya baru malam tadi kak Ayu menelefon jun mengatakan kak Miza telah keluar dari hospital di atas keinginan nya sendiri .Mungkin juga dia dapat merasakan bahawa ajalnya yang semakin hampir. Walaupun doktor tidak mengizin kan , arwah tetap juga mahu pulang ke rumah....
Tiba-tiba pagi ini jun terima kejutan dengan masej dri kak Ayu yang menyatakan bahawa kak Miza telah pergi mengadap Ilahi....
Banyakkan bersabar kak Ayu... Allah lebih menyayangi umatnya yang satu itu....Redhakan di atas kepergiannya...semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.......Kepergiannya juga membawa seribu penderitaan yang ditanggungnya selama ini..Berat mata memandang, berat lagi arwah yang menanggung kesakitan itu......
Sama-samalah kita memberi sedekah dgn membacakan Al-Fatihah kepada Arwah kak Miza
-AL- FATIHAH-
p/s: permergian orang yang tersayang amat lah memeritkanbagi kita lagi2 di dalam bulan yang mulia ini...

Thursday, 26 August 2010

FA- EGG HOUSE TEMPAHAN DR KAK AYU


Salam di pagi Jumaat kepada semua. Alhamdulillah... Jun sihat. di harapkan kawan pun sihat jugak hendaknya supaya dapat kita meneruskan menjalani ibadah Puasa dalam bulan Ramadan kali ini......

...............................

Ok... berbalik kepada tmpahan kali ini yang datangnya dari akk Ayu kita (ayulittle cottage) Kak ayu beli rumah telur yang kosong ni dari jun , dan suruh jun lakarkan terus sebelum di hantar kepadanya. Kak Ayu request nak tulis perkataan EGG HOUSE tu seperti contoh yang sebelum ni. (Sebelum ni jun pernahbuat n3 pasal rumah telur jugak). Jom kita layan gambar egg house yang sudah pun di siapkan ini...Jom..jom...

Pandangan dari hadapan

Pandangan dari sebelah kanan

Pandangan dari sebelah kiri tulis ' Fresh Egg for breakfast'

Haaa yang ni pandangan dri atas pulak.... Bumbung mcm rumah telur dak jun buat sebelum nya


Macih Kak Ayu kerana sudi berurusan dengan Jun. Balik dr JB nanti blh singgah umah Jun yer kak..ambik Egg House nya..
............................................


Pada sesiapa yang berminat dengan rumah telur ni, sila call/sms jun (016-2629007) . Egg House yang kosong sangat terhad kuaantitinya. hanya tinggal lg 2 biji sahaja lagi....TQ..

Tuesday, 24 August 2010

FA- 3 SEKAWAN- TEMPAHAN KAK IFAH


Salam Ramadan .. Hari ni masuklah hari yang ke 15 umat Islam mengerjakan Ibadah Puasa... Alhamdulillah....semoga kita semua di kurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk meneruskan lagi ibadah puasa untuk hari yang berikutnya.
.........................
Tempahan 3 sekawan ni datangnya dari Kak Ifah- Melaka. KAk IFah DTang bawa sendiri pail dan Botol sos cili yang dah mmg kosong. Minta Jun FA kan dengan bunga roses dan back ground kaler hijau juga. So ini lah hasilnya. Semoga Kak Ifa suka yer....Terima kasih kerana sudi berurusan dengan jun....

Ni lah rupa botol sos yang telah di make-up kan.. Dan yang satu lagi ni door knob tuk gantung di pintu bilik katanya..