SALES & OPEN 4 ORDER

Tuesday, 31 August 2010

TERIMA AWARD DRI LYNN- ALL ABOUT US

Salam semua....Alhamdulillah...Jun dengan gembiranyan menerima Award dr Lyn pemilik blogg ALL ABOUT US.Thank you so much Lynn. Akk suka sangat. walaupun kita baru jer kenal, lynn dah pun bagi awarad yang cantik ni pada akk sebagai tanda persagabatan. Semoga hubungan di alam maya ini kekal sampai bila2 yer Lynn....InsyaAllah..Sayang kat Lynn...Thanks Again Lynn.

FA- BEAR SE FAMILY - TEMPAHAN AINA ( PURPLECRAZZ HOLIC


Salam kemerdekaan..Masih belum terlewat untuk jun menngucapkan selamat menyambut hari Merdeka yang ker 53....Aman sungguh duduk Negara Malaysia ni..Alhamdulillah...minta di jauhkan segala bencana yang melanda ... AMINN....
......................
Alhamdulillah...Hari Isnin hari tu jun smabung cuti, so sempatlah menyiapkan order dari Penggemar kaler Puprple sapa lagi kalau bukan Adik AINA kita...
Aina tempah 3 sinange yang nak lukiskan gambar bear seperti di bawah.... Yok Tengok YOk.....


Ni MUMMY bear-

Ni DADDY bear

Hah.. yang ni Aina suh buat 3 anak bear yang kesemuanya . Mcm anak Aina yang ada 3 orang lelaki tu.. Kan Aina Kan.... Heeee


Semoga slamat smpai ker tuannya yer. dan semoga aina berpuas hati.....Selamat berpuasa Aina..

Monday, 30 August 2010

FA- CUP CAKE ATAS PRING TEMPAHAN MARDIANA- T'GGANU


Salam di petang Isnin...Jun dah siap masak dah. Hari ni buat menu simple....Buat sambal goreng cili padi, goreng ayam dan msak kuah tumis air campur soo hoon untuk anak2. buat jugak sikit kueh onde2...aduh...rasa semacam jer bila citer pasal lauk pauk ni..sementara nak menuggu kan waktu berbuka puasa, jun buat lah n3 . nak share barang yan jun sempat fa kan mlm tadi sebelum buat pada cermin sakti dak jun tu...
.....................................
Ok.Tempahan kali ni dtangnya dari Mardiana,Kuala Terengganu.. Mardiana beli piring ni dari kedai online jun dan suruh FA kanterus motif cupcake. So ini lah hasilya...
Percaya tak? bila buat cust.punya, jun mesti buat jugak untuk sendiri punya....Lama2 penuh ler rumah dak jun ni...Huhuhuh...

2 pring yg siap di FA kan motif Cupcake
Letak atas meja pun ok gak..tak semestinya di gantung kan...kan...kan..
Seperti biasa, sebelum menunggu kan barangnya di pos, harus diposingkan terlebih dahulu kat dinding umah dak jun ni.....heheh

Semoga Mardiana berpuas hati dengan hasilnya ini...Kak jun buat pun berpandukan apa yang Mardiana MMS kan kepada akk gambrnya. So 100 % sama tu tidaklahyer...sebab hasil kerja pun masing2 kan...Kalau ada sesiapa yang berminat , blehlah membuat tempahan mcm ni jugak...Sila call/sms jun ( 016-2629007) untuk sebarang pertanyaan. TQ..Selamat berbuka puasa yer semua..
p/s: terpaksa mengedit n3 yang sebelumnya ini kerana ada orang yang cuba bertanya original @ tidak apa yang jun cuba lukiskan ini.....Dan sengaja Jun BOLD kan perkataan di atas supaya tidak ada lagi pertanyaan ori @ x ori sebb jun lukis berpandukan order yang di buat oleh cust mngikut cth gambar yang di MMS kan. Harap Maklum...
( sekadar memberi penjelasan agar tidak berlaku salah faham dan berlakunya buruk sngka...)

Sunday, 29 August 2010

MAKE OVER CERMIN LAMA....

Salam kepada semua.....Hari ni jun bersiaran dari rumah yer...Sajer smbung cuti 1 hri nak .Esok kan rakyat Malaysia menyambut hari merdeka..Ermmm ambik kesempatan ler..Lagipun rumah ni tak berkemas lagi. Raya dah semakin hampir. Risau pulak rasanya..Harap2 cuti ni dapatlah dak jun kemas apa yang patut, dapatlah ngempel2 lemari ker, lantai ker, apa-apa jer lah yang boleh di ngempel....Kalau dah habis ngempel, blh lah sambung lagi buat FA tuk customer lagi....
........................................
Ok...Mlm tadi sambil buat FA tuk customer, jun pun cuba curi masa skit tuk FA pada cermin lama jun ni. Terpikir nak FA kan...So ni ler hasilnya..Ingat nak gantung kat bilik air lah....berseri skit bilik air dak jun...heeeeee


Atau ingat nak letak kat ruang tamu jer...Cermin ni blh memberi pantulan semula agar rumah yang sempit mcm rumah dak jun ni nampak sdikit luas.....So bila dak jun gantung nanti, terpantul lah balik imej dinding yang di sebelahnya..Btul Tak?

(Dak jun..dak jun kalau umah dah sempit tu sempit ler jugak....lagi nak pantul2. heeeeee)



Saturday, 28 August 2010

SALAM TAKZIAH BUAT KAK AYU- AYULITTLECOTTAGE

Salam kepada teman2 blogger semua.....tujuan n3 ini di buat kerana ingin mengucapkan salam takziah kepada Kak ayu- Ayu littlecottage di atas kehilangan kakak Miza yangtersayang yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini...
Rasanya baru malam tadi kak Ayu menelefon jun mengatakan kak Miza telah keluar dari hospital di atas keinginan nya sendiri .Mungkin juga dia dapat merasakan bahawa ajalnya yang semakin hampir. Walaupun doktor tidak mengizin kan , arwah tetap juga mahu pulang ke rumah....
Tiba-tiba pagi ini jun terima kejutan dengan masej dri kak Ayu yang menyatakan bahawa kak Miza telah pergi mengadap Ilahi....
Banyakkan bersabar kak Ayu... Allah lebih menyayangi umatnya yang satu itu....Redhakan di atas kepergiannya...semoga Arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.......Kepergiannya juga membawa seribu penderitaan yang ditanggungnya selama ini..Berat mata memandang, berat lagi arwah yang menanggung kesakitan itu......
Sama-samalah kita memberi sedekah dgn membacakan Al-Fatihah kepada Arwah kak Miza
-AL- FATIHAH-
p/s: permergian orang yang tersayang amat lah memeritkanbagi kita lagi2 di dalam bulan yang mulia ini...

Thursday, 26 August 2010

FA- EGG HOUSE TEMPAHAN DR KAK AYU


Salam di pagi Jumaat kepada semua. Alhamdulillah... Jun sihat. di harapkan kawan pun sihat jugak hendaknya supaya dapat kita meneruskan menjalani ibadah Puasa dalam bulan Ramadan kali ini......

...............................

Ok... berbalik kepada tmpahan kali ini yang datangnya dari akk Ayu kita (ayulittle cottage) Kak ayu beli rumah telur yang kosong ni dari jun , dan suruh jun lakarkan terus sebelum di hantar kepadanya. Kak Ayu request nak tulis perkataan EGG HOUSE tu seperti contoh yang sebelum ni. (Sebelum ni jun pernahbuat n3 pasal rumah telur jugak). Jom kita layan gambar egg house yang sudah pun di siapkan ini...Jom..jom...

Pandangan dari hadapan

Pandangan dari sebelah kanan

Pandangan dari sebelah kiri tulis ' Fresh Egg for breakfast'

Haaa yang ni pandangan dri atas pulak.... Bumbung mcm rumah telur dak jun buat sebelum nya


Macih Kak Ayu kerana sudi berurusan dengan Jun. Balik dr JB nanti blh singgah umah Jun yer kak..ambik Egg House nya..
............................................


Pada sesiapa yang berminat dengan rumah telur ni, sila call/sms jun (016-2629007) . Egg House yang kosong sangat terhad kuaantitinya. hanya tinggal lg 2 biji sahaja lagi....TQ..

Tuesday, 24 August 2010

FA- 3 SEKAWAN- TEMPAHAN KAK IFAH


Salam Ramadan .. Hari ni masuklah hari yang ke 15 umat Islam mengerjakan Ibadah Puasa... Alhamdulillah....semoga kita semua di kurniakan kesihatan yang berpanjangan untuk meneruskan lagi ibadah puasa untuk hari yang berikutnya.
.........................
Tempahan 3 sekawan ni datangnya dari Kak Ifah- Melaka. KAk IFah DTang bawa sendiri pail dan Botol sos cili yang dah mmg kosong. Minta Jun FA kan dengan bunga roses dan back ground kaler hijau juga. So ini lah hasilnya. Semoga Kak Ifa suka yer....Terima kasih kerana sudi berurusan dengan jun....

Ni lah rupa botol sos yang telah di make-up kan.. Dan yang satu lagi ni door knob tuk gantung di pintu bilik katanya..

FOR SALE- MAGAZINE

ROMANTIC COUNTRY
RM15


FLEA MARKET
RM15


COUNTRY VICTORIAN
RM15




Monday, 23 August 2010

FA- TELUR MATA- TEMPAHAN HANI - KUANTAN


Salam kepada semua..slam 1 Malaysia. Selamat menjalani Ibadah puasa yang masuk hari ker 14. Semoga semuanya sihat walafiat supaya kita boleh terus mengerjakan IbadahNYA.
................................

Tempahan telur mata ni datangnya dari Mazrina Hani - Kuantan. Hani minta jun buat SEJIBIK mcm jun punya.. Hah Hani, Telur ni kak jun buat pada papan yang sama - means depan dan belakang... Kitchen Open letak gambar telur Mata, dan Kitchen Closed buat gambar tlur yang belum menetas. So kalau rasanya Hani tgh memasak, biarlah gambar telur matanya Yer... Agak2 dah habis memasak, just pusingkan sajer ker gambar kitchen closed pulak.
Jangan Closed 24 jam plak yer Hani.....kang tak berasap pulak dapurnya. heeee..
Ni telur yang belum di varnis

Ni siap di Varnis dan di pasang dengan tali agar senang nak di gantungkan

Kitchen Closed pun belum di varnis

Ni siap di varnis dan juga d pasang talinya...

Semoga Hani gembira dan ada moood nak masak selalu...heee Selamat berpuasa Hani...Sinage nya dah pun kak jun pos kan semalam......Thanks yer sudi berurusan dengan kak jun
Kepada sesiapa yng berminat untuk membuat tempahan seperti diatas, boleh call/sms jun 016-2629007 untuk sebarang pertanyaan. TQ.




Sunday, 22 August 2010

FA DAN DECAL ATAS PINGGAN- TEMPAHAN DR KAK ANI- KUANTAN


Salam...Lama rasanya jun tak buat new n3.. Dah rasa windu sesangat.. Tapi tu lah..Masa selalu jer tidak mengizinkan.... Kawan2 semua apa kabar? Sihat hendaknya ya dalam menjalani ibadah puasa ini...
................................
Ok.. berbalik pada tempahan yang seterusnya ini dtang daripada Kak Ani dri Kuantan Pahang... Kak ani minta jun Decal dan FA kan tulisan ALLAH & MUHD ditengah2 piring kaca ini.. Semoga kak ini gembira dengan siapnya pring tersebut yer kak. Bolh di gantung di dinding rumah akk seperti yg akk maklum... kak ani jugak beli 6 in 1 bread bin dari kedai online june.... InsyaAllah hari Esok jun akan pos kedua-dua barangnya sekali.
Asalnya piring ni kosong tanpa di bedak@ di makeup kan

Dah siap di bedakkan dengan tulisan jawi ALLAH di tengahnya
Dah siap di bedakkan juga dengan tulisan jawi MUHD di tengahnya
Terima kasih jun ucapkan kepada Kak Ani kerana sudi berurusan dengan Jun. Ada Free Gift kepada Kak Ani seperti yang telahkita bincangkan yer kak....

Wednesday, 18 August 2010

FA - ATAS MINI FRYING PAN




Salam dan Selamat petang semua. Kali ni Jun FA kan pada mini frying pan yang comel ni. Slalu jun lukis bunga dan Scenery. Sesekali tukar arah yer. Lukis CupCake.


Yang ni dak jun punya. Siap jer terus jun gantung kat dinding rumah Jun. Kalau tak, harus di main masak-masak oleh anak2 dak jun ni. Hahaa. Jom ler kita cuci2 mata yok....


Ni Jun lukis cupcake berperisa Starwberi

Cupcake berperisa strawberi jugak cuma dalam bekas lain..heee konon2 jer tu...
Duk diam2 yer...tuan umah nak amik gambao jap

Kat dinding sini lah tempat ko bertapa yer kuali kecik..
hehhe ni ler dinding umah dak jun- kaler pun ijau( kaler kegemaran tu)

Tuesday, 17 August 2010

HIJAU PINK YG MENDAMAIKAN




TEROMPAH CIK BEDAH VOL-2


Salam semua.. hari ni tak busy sangat. so sempat lah buat n3 skarang ni.
Hari tu jun ada buat n3 berkaitan FA pada terompah warna pink purple, Terompah tu dah SOLD pada Pn Siti Sungai Buluh.
Kali ni jun buat lagi terompah warna pink hijau- polkadot pula. Nampak suweet kat mata jun kombinasi warnanya( mata dak jun ler pandang) mata korang tidak kot. hua hua hua..Jom3 kita jamu2 mata dulu yok...


Ni size org dewasa..Tapi size tak penting jun rasa sbb bukan nak pakai..nak buat perhiasan jer. heee...

Ewah Terompah bergaya mcm Model- ke kiri, ke kanan,


nak ambil gmbr susun mcm kat kedai kasut da.......

Posing lagi cik terompah....

hah..posing lagi

terus berposing.... hua hua hua..

hah hah. kalau ada yang berkenan bag tau ek..Jumpa lagi..TATA

Monday, 16 August 2010

FA- SINAGE BISMILLAH TMPAHAN KAK SURIANI- JB


Salam Ramadan buat semua umat Islam dan pengunjung2 blog jun. Terima kasih yang tidak terhingga kerana sentiasa memberi jun semangat untuk terus berkarya dan menjalan kan perniagaan secara online ini. Sokongan anda semua amat bermakna buat jun.. Tnpa sokongan anda, jun tak kan ke mana2. Thank U Soo Much

..........................

Dah 2 hri tak buat n3 baru. Bukan takde cerita.. Cuma masa sangat tidak mengizinkan. slalu jun buat new n3 kat Office. Tpi 2-3 hri ni tak tau knp sibuk sangat . Banyk sangat kerja nak buat kat sini. smpai nak terjah blog kenkawan pun mcm x sempat jer.....
Berbalik pada sinage di bawah ni, tempahan dri Kak Suriani ,
Johor bahru. Maff kak sebab lewat menyiapkan sinage nyer yer. Kak Su tempah sinage Bismillah ni dan 4 gelas Faux Ice Cream . Aiskrimnya x sempat nak bergambar. Dah balut siap2 baru tingat gambar nya belum di ambil.. Nak bukak balik...rasa malas lah pulak... So kita tgk jer sinage Bismillah yang sempat di siapkan ni yer... LAYAN...






Tempahan sentiasa terbuka kepada sesiapa yang berminat. Tapi akan dapat di siapkan selepas raya yer. InsyaAllah. Call/ sms Jun(016-2629007) untuk sebarang pertanyaa. TQ

Saturday, 14 August 2010

MORE ITEM FOR SALE-SUPPING TIME


Salam hujung minggu kepda kawan-kawan semua. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berkunjung di sini. Jom kita cuci2 mata dulu dengan barang jualan jun yang terkini ni. Kalau ada sesiapa yng berminat boleh calling2 jun yer (016-2629007) untuk sebarang pertanyaan . Sila ke blog ke-2 jun di http://farsweethomeonlineshoppe.blogspot.com untuk mengetahui semua harga barangan tersebut ATAU klik saja di sini